Khamis, 14 Mac 2013
Petikan Ucapan PM Pada 11 Mac 2013 :
Dengan mengambil kira terdapat seramai 182,434 penjawat awam yang berada di gaji maksimum pada tahun 2013 dan tidak dapat menikmati kenaikan gaji tahunan, maka Kerajaan bersetuju berkuat kuasa 1 Januari 2013 semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum diperuntukkan tambahan Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak 3 KGT.
P/S: Jika betul kiraan saya , jadual di dibawah akan digunakan untuk penambahbaikan 3 KTG bagi tanggga gaji maksimum.
JADUAL GAJI MINIMUM-MAKSIMUM BAGI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL MULAI 1 JANUARI 2013
GRED PERINGKAT MINIMUM MAKSIMUM MAKSIMUM(+ 3KTG) KENAIKAN TAHUNAN
DG54 P1 5839.43 7917.35 8877.35 320.00
P2 6355.18 8612.34 9572.34 320.00
DG52 P1 5537.53 7434.53 8304.53 290.00
P2 6062.71 8091.80 8961.80 290.00
DG48 P1 4921.15 6798.15 7608.15 270.00
P2 5408.60 7417.69 8227.69 270.00
DG44 P1 3370.78 5828.39 6578.39 250.00
P2 3730.86 6372.54 7122.54 250.00
DG41 P1 1916.31 5474.81 5946.81 225.00
P2 2023.23 5789.26 6464.26 225.00
P3 2134.88 6130.59 6805.59 225.00
Petikan artikel NUTP:
Pengumuman oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ketiga Belas (MAPPA XIII) mengenai kebajikan Penjawat Awam pada 11 Mac 2013.
Kenaikan Gaji Tahunan 2013
Semua guru akan menikmati Kenaikan Gaji Tahunan seperti biasa.
Pada 1 Julai 2013 akan menerima satu lagi tambahan Kenaikan Gaji Tahunan . Ini bermakna untuk tahun 2013 akan terima 1KGT Biasa + 1KGT tambahan = 2 KGT
Gaji Maksima
1.1.2013 – Satu kenaikan
1.1.2014 – Satu kenaikan
1.1.2015 – Satu kenaikan
RUJUKAN http://www.nutp.org/new/ms/node/1257
Petikan Ucapan PM pada 11 Mac 2013 :
Mengambil kira pula usaha-usaha penambahbaikan tersebut hanya akan dapat diselesaikan sebelum akhir tahun ini, maka Kerajaan bersetuju untuk memberi kepada semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak 1 KGT yang diawalkan pada 1 Julai 2013. Maknanya setiap penjawat awam akan mendapat antara RM80 hingga RM320. Langkah ini akan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM 1.5 billion. Ini sejajar dengan falsafah dipegang oleh Kerajaan yang senantiasa menghargai jasa dan sumbangan penjawat awam dalam memberikan perkhidmatan kepada negara.
Contoh KTG 2013 Bagi DG44 :
Kenaikan Januari : Januari (+250) , Julai (+250)
- Bermula Julai 2013 jumlah KTG RM500 sehingga Disember 2013
- Dapat menikmati kenaikan RM500 selama 6 bulan sebelum KTG Januari 2014
Kenaikan April : April (+250) , Julai (+250)
- Bermula Julai 2013 jumlah KTG RM500 sehingga Mac 2014
- Dapat menikmati kenaikan RM500 selama 9 bulan sebelum KTG April 2014
Kenaikan Julai : Julai (+250) , Julai (+250)
- Bermula Julai 2013 jumlah KTG RM500 sehingga Jun 2014
- Dapat menikmati kenaikan RM500 selama 12 bulan sebelum KTG Julai 2014
Kenaikan Oktober : Julai (+250) , Oktober (+250)
- Bermula Oktober 2013 jumlah KTG RM500 sehingga Jun 2014
- Dapat menikmati kenaikan RM500 selama 12 bulan sebelum KTG Oktober 2014
Sekiranya TIADA SEBARANG KTG pada tahun 2014 sebab sudah diawalkan pada 1 Julai 2013 , maka semua kakitangan akan menikmati KTG RM500 tersebut sehingga KTG 2015.
UCAPAN PERDANA MENTERI : MAJLIS PERDANA PERKHIDMATAN AWAM KETIGA BELAS (MAPPA XIII)
Pada 11 Mac 2013 Sila Rujuk http://portal.ikdn.gov.my/
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan